KUALA PILAH: Polis giat memburu lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul membabitkan seorang jururawat wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, Johol di sini pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, hasil siasatan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dari arah Hutan Percha.
"Sebaik tiba di lokasi, mangsa mengatakan telah dihimpit oleh sebuah kenderaan menyebabkannya memberhentikan kereta.
"Suspek berusia lewat 30-an dikatakan telah membuka pintu kereta mangsa, menariknya keluar dan menumbuknya di bahagian muka beberapa kali.
"Mangsa turut menyatakan telah dipukul dengan objek tumpul di bahagian belakang kepala," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Ujarnya, siasatan juga mendapati kejadian itu bukanlah rompakan sebagaimana yang ditularkan memandangkan tiada barang berharga milik mangsa hilang.
"Pegawai perubatan mengesahkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu kanan dan kepala.
"Dia stabil, tiada sebarang kesan kecederaan patah atau parah di mana-mana bahagian anggota badan.
"Polis kini giat mengesan suspek, motif dan punca kejadian sedang dikenal pasti.
"Orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini," katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri, tertiarap berhampiran keretanya dengan keadaan enjin masih hidup.
Mangsa berusia 30-an lengkap berpakaian uniform putih itu telah dihantar ke HTAN dan berdasarkan laporan awal siasatan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Durian Tunggal, Melaka selepas selesai bekerja.
Bagaimanapun, pihak polis masih mendapatkan keterangan lanjut daripadanya bagi mengetahui kejadian sebenar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 21 2024
Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri, tertiarap berhampiran keretanya dengan keadaan enjin masih hidup. - Gambar/ Sinar Harian
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis buru lelaki pukul jururawat hingga pengsan
Polis giat memburu lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul membabitkan seorang jururawat wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan di Kuala Pilah.